Thursday, February 11, 2010

Surat Rasul Allah s.a.w - (mengusir Jin @ mahkluk Halus)



Ketika mana, Abu Dujanah Radiallahu anhu (r.a), sahabat Nabi Muhammad Salallahualaihi wassalam(s.a.w) berjumpa dengan makhluk ganjil yang tinggi dan besar, muka yang bengis, bertelinga capang, mata merah kemerahan di dalam rumahnya setelah Abu Dujanah r.a baru pulang dari majlis Ilmu. Selepas Abu Dujanah r.a melihat mahkluk yang aneh itu berada di dalam rumahnya, lalu terus Abu Dujanah r.a pergi mengadu serta berjumpa Nabi Muhammad (s.a.w) untuk menceritakan tentang perkara yang telah menimpa dirinya.

Ketika Abu Dujanah mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w, Abu Dujanah r.a memberitahu bahawa beliau telah mendengar bunyi kisaran dan dengung seperti bunyi lebah serta percikan api.Belia menceritakan lagi kepada Nabi Muhammad s.a.w bahawa ketika Abu Dujanah mengangkat kepalanya dia melihat bayangan hitam tinggi mencecah atap rumah.Kemudian beliau memberanikan diri menyentuh makhluk tersebut.Tiba tiba dia terasa seperti menyentuk landak yang berduri.Makhluk itu melontarkan percikan api ke mukanya.

Setelah selesai Abu Dujanah r.a memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w apa yang telah di alaminya. Baginda Rasul Allah s.a.w menjawab dan mengatakan bahawa itulah jin penunggu rumah.Baginda lantas meminta kertas dan dakwat serta menyuruh Syaidina Ali menuliskan ayat ayat di bawah(seperti dalam gambar) yang bermaksud:

“Ini adalah surat daripada Muhammad Pesuruh Allah Tuhan Semesta Alam kepada yang datang ke rumah daripada kalangan jin,penghuni dan pengunjung kecuali yang datang berkunjung dengan baik.Adapun selepas itu ..Sesunmgguh terdapat bagi kami dan kamu kelapangan,sekiranya kamu amat mencintai dan menyukai atau kamu adalah penjahat dan penceroboh atau kamu adalah penggembala yang melakukan perbuatan salah,maka ini adalah sepucuk surat daripada Allah yang bercakap ke atas kami dan kamu dengar benar(Sesungguhnya kami akan menghapuskan apa sahaja yang kamu lakukan)(Dan utusan utusan Kami(para malaikat) yang sentiasa berada di sisi mereka akan mencatat apa sahaja yang mereka lakukan …

Abu Dujanah kemudiannya meletakkan surat Rasulullah itu di dalam rumahnya, ketika Abu Dujanah r.a selesai meletakkan surat Rasul Allah s.a.w itu.Tiba tiba beliau terkejut apabila terdengar jeritan suara:

“Wahai abu Dujanah,kamu telah membakar kami dengan kalimat kalimat ini.Demi kebenaran sahabat mu(Rasulullah) angkatlah ia (surat) dan jauhkan daripada kami.Kami tidak selamat kecuali kamu mengangkatnya.Tidak ada lagi tempat untuk kami di rumah kamu,jiran jiran kamu dan di mana mana tempat yang terdapat tulisan ini”.

Abu Dujanah menegaskan beliau tidak akan mengangkat/ membuang surat tersebut melainkan dengan izin Rasulullah.Pada malam tersebut kedengaran teriakan tangisan dan jeritan jin jin yang menumpang di rumah beliau hingga ke Subuh.Mereka seperti kesakitan apabila surat Rasulullah itu berada di dalam rumah Abu Dujanah.

Selepas Abu Dujanah menceritakan kisah ini kepada Rasulullah,baginda lalu bersabda:

“Maka demi jiwa yang mengutusku demi kebenaran sebagai seorang nabi,sesungguhnya mereka itu(jin) akan merasa azab sehingga hari kiamat nanti”.

Kisah ini adalah bersumberkan kitab kitab rujukan:

At Tazkirah:Imam Qurtubi
Dala ilul Nubuwah:Imam Al Baihaqi
Kazinatul Asrar:Syeikh Muhammad Haqqi an Nazili
Daru’ul Wiqayah:Syeikh Dr Sayyid Muhammad b. Alawi al Maliki al Hasani
Sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan Surat tersebut dalam bentuk poster yang elok di tampal di dalam rumah ,sila sms nama,alamat dan jumlah poster ke nombor

013 9711462

Harga
1.Poster biasa 1=RM 10.00 termasuk pos
2.Poster siap Laminate 1=15.00 termasuk pos
Bayaran boleh bank in ke
Maybank 163019460477
AHMAD YATIMI MOHAMAD
@
CIMB BANK 13020118399520
AHMAD YATIMI MOHAMAD

No comments:

Post a Comment